Great Pocik Mocik :)

Best ever, best ever, best ever

Tumblr
Here I go, harini aku nak tulis pasal somebody i called her a bestfriend. BEST EVER FRIEND. Lets start from A. Rasa taknak follow up, sila pangkah. Takpe, aku kaki bebel, aku paham ada org tak suka aku membebel pepanjang ni. Lusz.

Memang, memang dia kawan Nabila Roslan (if follow up prev posts), dan dia stalker aku paling hebat. Aku tak penah jumpa stalker mcm dia sebelum ni. Memang ramai confess, stalk blog aku, tapi dalam beribu cerita, dia ni paling dahsyat gila sampai aku nangis dengar dia cerita balik. Dia stalker paling lama penah aku ada. Dia keep on baca apa aku tulis bahasa agas gila kau tak agas aku tulis, dia baca. Dia tahu. Dia add fesbuk aku, sejujurnya, selama dia jd friend kt fesbuk, aku just touch and go je nama dia kalau nama dia appear. Wallahi, aku dengan dia tak penah tegur even like post. Sebab masa tu aku mmg tak layan dia langsung, buat dang. Blog dia pun aku tak follow. Twitter dia pun aku tak follow. Sedangkan dia follow lama dah. Sombong tak sombong aku dengan dia. Tsktsktsk.

Ditakdirkan satu hari, 11 Dis 2012, aku nampak dia up status pasal interview UTP. Dia interview on 12 Dis 2012, aku 13 Dis 2012. Itulah first time aku like status dia. Seriously, selama ni buat dang je apa dia up status. Bukan stakat like, aku komen. Aku paling pertama komen, GOODLUCK. Tk sangka, dengan GOODLUCK tu je, meleret smpai bawah komen dia dengan aku. Sampai satu komen, dia confess dia stalk smua pasal aku. Demi Allah, aku tekejut baca apa dia tulis. Semua mmg pasal aku. Aku masatu terharu sikit je sebab aku ingat dia stalker biasa mcm yg lain. Tp tak. (cont reading to know)

Lepas dia interview, yes dialah manusia pertama bagi soklan bocor interview UTP. We keep on giving advise. Masa tu memang as kawan biasa. Sebab aku cuak gila kot aku nak interview. Masa tu dh follow Twitter dia dh pun XP so, kitorang memang cakap ikut Twitter. Yang paling mcm best, aku sanggup korbankan 3G Maxis aku yg mencekik tulang tu nak online cari dia. Aku tak tau kenapa. Dia pun bagi lah semangat kan. Start on that day, kitorang makin hari makin rapat. Aku eksaited gila bakhang lah kalau nampak dia online. Terus tegur. Nk tahu kenapa?

Sebab apa dia minat smua sama dengan aku. Dari kapal terbang, Ben10, German, cita-cita. Aku memang eksaited jumpa org yang sama smua benda dengan aku ni. Tapi dia memenuhi semua apa yang aku minat kot. Lagi teruja aku. Sigh. Makin terjua bila tau birthday dia 11 June, aku 6 June. Siapa tak eksakited kan lahir sama bulan. Beza 5 hari je pulak tu -_- Aku jenis kedekut nak bagi number phone, tapi aku tak tau kenapa lembut sangat hati aku nak bg number kat dia. Macam crita hindustan kot T__T masatu aku memang dengan Maxis je sebab Celcom aku dh expired. Dia pulak Celcom, takpenah Maxis. Jadi bayanglah kitorang korbankan kedit utk text Maxis-Celcom.

Sampai dia dapat UPM fast track. Aku lagi gembira tahap KLCC nak runtuh tingkat 88. Sebab dah dekat. Jalan nak pegi UPM dari rumah aku apa lah sangat sebab abah penah ajar aku pegi UPM. LOLOLOLOL. Masatu dia homsik. Biasalah, first2 masuk. Lagi dia duduk Kelantan. Pastu tetiba kejutan dapat belajar dekat Selangor. Masatu mmg dh start tweet dan tweet dan tweet dan tweet. Lepastu call tetengah malam buta dengar dia mngadu homsik. Takcukup dengan tu, pakai telefon rumah aku lagi. HIHIHIHI. Macam hindustan habis aku rasa masa tu. Lebar panjang aku bg tazkirah kata semangat kt dia. 

Aku tk brapa ingat tarikh first aku visit dia pegi UPM, jumpa face to face. Lepas jumpa, makin rapat lah. Makin banyak cerita. Dan benda tu keep on going. Drive pergi UPM jumpa dia, teman interview UM, redah hujan naik train, jadi bidang terjun tetiba plan nak jumpa, redah The Mines, apa lagi eh. Oh, teman dia balik Kelantan. Benda tu smua dalam 5 bulan. 

Tetiba, Allah bagi ujian. Memang, masa tu aku dengan Mimi dh bff. Lepas 5 bulan gelak tawa tak hengat dunia, bahagia gila, Allah uji yg aku rasa berat kot nak terima. Aku nangis sampai demam. 3 hari aku nangis tak berhenti. Petang tu, aku gelak mengilai tgk tv, tetiba dia text, JPA hantar dia pegi US, 29 Jun 2013. Weh, DUA RIBU TIGA BELAS. Bukan DUA RIBU DUA PULUH TIGA. US - United States. Bukan SABAH. Bukan SARAWAK. Kau tau tak apa aku rasa? Aku rasa down gila. Bukan sebab jeles. Tapi seba berpisah. Jauh. SANGAT. Dan, dia tinggal aku kurang dr sebulan sebelum dia pergi. 

Aku naik atas. Tutup pintu, aku nangis. Nangis meratap kuat skuat boleh. Aku nangis Aku WhatsApp Celup. Celup call. Still, tak berjalan. Aku tetap nangis smpai esoknya aku demam. Aku takpenah nangis 6 jam stret tak berhenti. Nangis kali ni sendu sndawa smua aku kluarkan. 6 JAM STRAIGHT. Tkjumpa signboard berhenti. Luluh. Aku rasa aku dh hilang smangat nak belajar. Aku tak sedih dia tak pergi German sesama dengan aku, aku sedih sebab trlalu cepat, dan terlalu jauh Allah pisahkan. Aku takpenah down gila kecuali masa amik result. Itupun aku cool tak smpai 2 jam lepas nangis mcm org hilang akal.

Tapi kali ni tak. Allah bagi dia rezeki lagi dahsyat dari dia mintak. Mechanical Engineering, United States of America. 12 jam beza masa dengan Malaysia. Smpai waktu sekarang, 28 Jun 2013, setiap hari aku akan nangis kalau aku buat countdown dia fly. Even she dont know. Esok, 29 Jun 2013, dia akan pergi US. Cepat masa berjalan. 6 bulan Allah bagi dia pinjam untuk aku, untuk jumpa, ketawa, nangis, gaduh tak cukup. Aku rasa sekejap sangat. Allah. Aku tak kuat. Aku tak siap. Tapi aku kena. Sebab ini masa depan. Bukan macam tadika. Aku ikhlas, aku redha, aku lepaskan, aku terima. Sorang demi sorang pujuk aku. Aku kena kuat, aku kena terima. Takde jalan lain.

Lepas ni, takde lagi drive pergi UPM, semayang sebelah sebelah, peluk cium, last minit plan nak jumpa, oncall denga org homsik, denga org merengek pasal test, denga org membebel pasal UPM, denga org nangis sbab tension, teman pegi UM, redah hujan dengan tutup fail pastu naik train, tengok wayang sesama, teman pegi Jalan TAR, teman pegi Stesesn Putra hanta balik Kelantan. Text smpai pepagi buta. Call sampai ketawa tebahak bahak. Sebab number Celcom aku ni dia sorang je conquer ;3 Takde lagi dah smua tu. Allah bagi pinjam untuk 6 bulan. Allah nak suruh belajar untuk future pulak lepas ni ;")

Masa last jumpa, dia asyik cakap, "4 tahun tu lama ke?", kalau dia tahu, sebenarnya dalam hati aku ni nak nangis. Aku diam, aku ketawa. Lepas tu dia mention, "4 tahun tu tak lama kan", aku diam. Aku nak nangis lagi. Aku tak terkira lah nangis psal ni. HAHAHA.Aku terharu, dia sanggup beli iPad lepas pujukan demi pujukan aku bagi, luggage warna merah as she take me there, gelang warna merah and more. Too much precious memories that i cant describe. ((sebab dh nangis tahap kritikal dh aku masa type benda ni))

This is, dunia akhirah best ever friend. 
Nik Nur Syamimi binti Izani.
p/s ; gmba disusun mengikut urutan pertemuan.

Mimi, si hatbit.
You are leaving yours here, me in Malaysia. Nevermind. Semoga awak berjaya dekat sana. Semoga awak dapat jd Aerospace Engineer macam kita dua cita-cita. Walaupun bukan dekat Germany. Semoga awak tabah, kuat, kental semangat dekat negara orang. Semoga awak balik dengan senyuman lebar kejayaan yg tak terkata. Semoga kita best friend smpai syurga. Semoga awk balik Malaysia nanti, awk lah hasumet, soulmet, hetmet dan met met lain untuk kita. Kita sayang awk. Uuuu kita sayang awak ah XD ((sebenarnya, dh tak sanggup nak tulis dengan mata berkaca, lap, berkaca, menitik, lap, *smbil on play lagu Semua Tentang Kita dgn Because You Loved Me* hiks hiks))

Sekian. Terima kasih sebab bersengkang mata. Mohon tembak doa buat dia, buat aku, dan kita semua. Syukran jazilan.

No comments:

Post a Comment